Tuesday, June 16, 2009

Abah..Selamat Hari lahir ke 56 , Selamat Bersara & Selamat Hari Bapa

Untuk Abah..kami ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 56..semoga Allah panjangkan umur , di berikan kesihatan yang baik...dan semoga abah gembira dan bahagia di samping mama , kami (anak-anak n menantu abah) dan cucu-cucu abah.

dan......Selamat bersara...hari ini adalah hari terakhir abah sebagai Tim. Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak...semoga abah lebih gembira menjalani kehidupan selepas bersara...(huhu.abah x yah tension..tension ngan keje lagi!!).

Yang terakhir..ucapan Selamat Hari Bapa untuk seorang abah yang x pernah henti menyayangi mama & kami berempat...Tak terbalas segala pengorbanan abah untuk kami. Betapa bersyukur & bangganya kami memiliki seorang abah yang sanggup bersusah payah memberikan kehidupan yang selesa kepada kami selama ini. Kami terlalu menyayangi abah!!